Sunday 19 August 2018

INTRODUCTION/CONTACT US


 
Assalamu alaikum warahmatullahi  wabarakatuh
 
Welcome to the website http://myhomeo4u.com/ and thank you very much for visiting this site. It is hoped that you all want to read all the contents of this website with an open heart and an open mind without any prejudice so that all parties may get the benefit. Jealousy and hostile to each other , will only weaken ours and only enemy who will benefit. If the content of this page, there is a shortage or offensive to any party we want to apply for thousands of forgiveness and pardon is, if you are unable to forgive, then please contact us by clicking it in the "contact us" , as follows:
 
                                                                         Dr (H) M Kadiri Tahir                                                                                                                       
No 15, Persiaran Sri Raia, Taman Sri Raia, 31300 Kg Kepayang, Perak, Malaysia
  Tel: 011 20697313  Whatsapp: 011 18927313, 019 6630313       
Email: drmktahir@gmail.com

Get in touch with us by filling out the form below and please put the phone number in the section message.
Name

Phone Number**


Email *

Message *********



Saturday 18 August 2018

Saturday 25 November 2017

Kanser prostat usah ambil mudah

Hasil kajian di Amerika Syarikat, kanser prostat menduduki nombor dua dalam carta punca kematian lelaki negara itu akibat kanser di mana kanser hati adalah penyebab utama.
Malah sepanjang 2016, The American Cancer Society menganggarkan sebanyak 180,890 kes terbaharu kanser prostat dengan 26,120 daripadanya mengalami kematian.
Di Malaysia, tiada kajian spesifik dilakukan berhubung gejala penyakit ini, namun berdasarkan statistik pada 2012, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki negara ini menghidap kanser prostat. Ia diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Berdasarkan fakta di atas, kanser prostat boleh dianggap sebagai satu ancaman besar kepada lelaki dan perlu diberi perhatian serius.
Menurut pakar Perunding Bedah Urologi, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr Abdul Rashid Abdul Subahan, tumpuan yang diberikan kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi menyebabkan orang ramai seakan-akan lupa kepada risiko penyakit kanser prostat.
“Memang diakui, dibandingkan dengan penyakit ‘tiga serangkai’ itu serta kanser lain seperti kanser payudara, usus dan hati, risiko kematian akibat kanser prostat adalah rendah. Malah, ada yang menganggap kanser ini bukan penghujung jalan kepada kehidupan.
“Tapi ingat, apa penyakit sekali pun jika tidak dirawat awal, ia juga boleh membawa kepada kematian. Sama juga dengan kanser prostat, jika tidak dikesan dan dirawat lebih awal, bila ia merebak ke bahagian lain seperti tulang dan paru-paru, maka risikonya lebih tinggi,” ujarnya.
Prostat dan fungsinya
Dr Rashid berkata untuk memahami kanser prostat, setiap lelaki perlu terlebih dahulu mengenali prostat dan fungsinya. Oleh itu sikap mengambil tahu mengenai organ ini adalah penting.
“Boleh dikatakan kebanyakan lelaki hanya tahu menggunakan tapi tidak pernah mengambil kisah tentang organ kelelakian mereka termasuk prostat. Malah, mereka tidak tahu pun di mana letaknya prostat.
“Prostat adalah kelenjar terletak di antara pangkal zakar dan pundi kencing serta saluran tiub (uretra) yang menyalurkan air kencing dan air mani melalui zakar.
“Saiznya mengikut umur seseorang, semakin meningkat umur ia semakin membesar. Proses pembesaran ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Bagi remaja berusia 20-an, saiznya mungkin sebesar guli kecil tapi bagi yang berusia lebih 40 tahun, ia bersaiz guli besar atau paling tidak sebesar kacang ‘walnut’.
“Fungsi utama prostat ialah menghasilkan cecair yang berfungsi melindungi, menyokong serta melancarkan pergerakan air mani. Hampir 75 peratus cecair ini dibekalkan dalam pundi air mani, 20 peratus kekal di dalam prostat, empat peratus dalam buah zakar dan satu peratus untuk air mazi.
“Cecair yang dihasilkan oleh prostat ini turut membantu sperma berenang lebih laju untuk menuju ke sasarannya,” kata Dr Rashid.
Apakah kanser prostat?
Dr Rashid menjelaskan kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini membiak dengan perlahan sehingga penghidap tidak mengalami sebarang simptom atau menyedari kewujudannya.
Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ dengan segera, ia boleh merebak ke tulang belakang yang mengundang risiko lebih besar.
“Peringkat satu dan dua hanya membabitkan 5 peratus kanser di sekitar kelenjar. Peringkat tiga pula ia mula merebak ke sarung kelenjar prostat atau vesikal seminal. Dan tahap empat yang dikategorikan serius ialah kanser mula merebak ke pundi kencing, dubur, paru-paru dan tulang.
“Serangan ke atas tulang belakang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit belakang malah boleh mengakibatkan lumpuh,” katanya.
Punca
Menurut Dr Rashid, beberapa faktor menjadi penyebab kepada kanser prostat, antaranya ialah usia, sejarah keluarga, pemakanan dan hormon.
“Kanser prostat lazimnya menyerang lelaki yang berusia lebih 50 tahun malah semakin tua usia anda, semakin mudah diserang kanser ini. Lebih 80 peratus kanser prostat didiagnosis pada lelaki yang berumur 65 tahun ke atas.
“Ia juga adalah penyakit keturunan di mana mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser berkenaan lebih terdedah kepada risiko diserang.
“Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi juga dikaitkan dengan pembentukan kanser. Selain itu, faktor pemakanan turut memainkan peranan seperti pengambilan makanan berlemak yang berlebihan serta merokok,” ujarnya.
Simptom
Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing seperti terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh.
“Kanser yang berlaku pada prostat menghenyak pundi kencing menyebabkan pesakit berasa kerap mahu membuang air kecil atau tidak dapat menahan kencing.
“Pada masa sama prostat yang membesar kerana kanser turut menghimpit salur kencing menyebabkan aliran air kencing tersekat dan susah mengalir keluar. Itulah punca kencing tidak puas atau sakit ketika membuang air kecil,” terang Dr Rashid.
Cara kesan kanser
Namun, menurut Dr Rashid ada juga pesakit yang tidak mengalami sebarang simptom menyebabkan mereka sukar mengesan kanser pada peringkat awal. Sebaliknya mereka hanya menyedari bila sudah ke tahap serius.
Oleh itu beliau menyarankan agar lelaki terutama yang melebihi usia 50 tahun supaya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
“Ujian melalui kaedah Prostate-Specific Antigen (PSA) boleh mengenal pasti sama ada protein yang dihasilkan oleh tisu prostat normal atau tinggi. Bagi lelaki bawah 40 tahun, bacaan normal ialah pada paras 2.5 sementara bagi yang berumur lebih 50 tahun ialah 4.
“Jika bacaannya lebih daripada paras itu, anda perlu membuat pemeriksaan lanjut melalui beberapa kaedah bagi memastikan sama ada anda dihidapi kanser atau tidak.
“Antara kaedah digunakan untuk pemeriksaan awal ialah DRE (Digital Rectal Examination) di mana doktor memasukkan jari melalui saluran dubur dan merasa buah kelenjar. Jika ia lembut, itu menandakan kelenjar prostat anda normal tapi jika keras, maka itu antara tanda-tanda kanser.
“Begitu pun bagi memastikan lagi, anda perlu membuat pemeriksaan lanjut melalui beberapa kaedah seperti ultrasound, CT Scan (Computed Tomography Scan) atau MRI (Magnectic Resonance Imaging).
“Namun, kaedah paling tepat ialah biopsy di mana doktor mengambil sedikit tisu di bahagian prostat dan dibuat ujian makmal ke atasnya.
Rawatan
“Apabila disahkan menghidap kanser prostat, ada beberapa cara rawatan yang boleh dijalankan bergantung pada tahap kanser.
“Antara kaedah rawatan yang berkesan ialah dengan melakukan pembedahan membuang prostat. Atau pesakit juga boleh menggunakan kaedah radioterapi untuk membunuh sel kanser.
“Di samping, bagi mengawal atau mematikan sel kanser, pesakit juga boleh menyekat bantuan ‘makanan’ kepada kanser ini iaitu hormon testosteron. Ini kerana sel kanser cepat merebak jika seseorang pesakit mempunyai tahap testosteron yang tinggi.
“Oleh itu langkah paling bijak mengawal penghasilan testosteron ialah dengan penggunaan ubat atau menutup terus kilang yang menghasilkannya iaitu dengan membuang buah zakar.
“Sebagai ganti, pesakit boleh mendapatkan hormon itu melalui suntikan kerana testosteron memang diperlukan oleh semua anggota badan kita,” terang Dr Rashid.
Dr Rashid menegaskan, walaupun kanser prostat boleh dirawat dan disembuhkan, namun sikap mengambil mudah terhadap ancaman penyakit ini boleh mengundang padah seperti menyebabkan saluran kencing tersumbat yang membawa pula kepada penyakit batu karang, patah tulang dan lumpuh.
Sedikit babit lelaki bawah 50 tahun
Kanser prostat menyumbang 5.7 peratus kes, kanser keenam paling kerap dialami dalam kalangan lelaki di Malaysia. Kanser ini menjejaskan kelenjar prostat yang bersaiz normal adalah sebesar kacang walnut.
Dalam kalangan pesakit kanser prostat di negara ini, kaum Cina merekodkan bilangan insiden tertinggi dibandingkan Melayu dan India. Kadar kes meningkat selaras dengan pertambahan usia dan pesakit tertinggi adalah kumpulan warga emas.
Pakar Urologi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Datesh Daneshwar berkata, hanya sedikit bilangan kes membabitkan pesakit lelaki di bawah usia 50 tahun, manakala prostat lelaki lebih muda lebih terdedah kepada jangkitan dipanggil prostatitis yang juga menjadi punca kepada kesakitan pelvik yang kronik.
“Kesakitan pada bahagian pelvik ini boleh menyumbang kepada masalah seperti kegagalan ereksi dan ejakulasi tidak matang seterusnya menjejaskan kehidupan sosial dan trauma kepada emosi.
“Kelenjar prostat akan membesar seiring dengan pertambahan usia, tetapi ini adalah semula jadi dan tidak semestinya adalah penyakit. Ia seumpama rambut kita bertukar menjadi uban. Bagaimanapun, pembesaran kelenjar sehingga menekan saluran air kencing akan menyebabkan seseorang mengalami masalah dengan aliran air kencingnya.
“Oleh itu, dinasihatkan lelaki berusia lebih 50 tahun menemui pakar urologi untuk diagnosis, rundingan dan perancangan menjaga prostat supaya kekal sihat,” katanya.
Dr Datesh berkata, kanser prostat adalah penyakit yang lambat berkembang sehingga kebanyakan pesakit meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa mereka menderita penyakit terbabit. Biasanya, di awal tahap kanser itu tidak menunjukkan sebarang gejala.
“Gejala saluran kencing bawah menunjukkan rasa tidak selesa ketika membuang air kecil kepada kerap kencing, sakit ketika membuang air kecil sehingga tidak boleh membuang air kecil dan terpaksa memakai kateter untuk mengeluarkan air kencing.
“Bagaimanapun, terdapat senaman, ubatan mahupun pembedahan yang membolehkan pesakit membuang air kecil dan menjalani rutin kehidupan lebih baik.
“Mereka yang mengalami gejala berkenaan lebih baik mendapatkan bantuan profesional dan panduan kerana jika penyakit lewat dikesan dan tidak diuruskan lebih awal akan membawa masalah serius apabila mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepada pundi kencing, buah pinggang dan fungsi seksual,” katanya.

Sunday 19 November 2017

Mungkinkah Anda Penderita Kanser Pangkal Rahim? Wanita MESTI BACA Artikel Ini Sebelum Nasi Jadi Bubur

Mungkinkah Anda Penderita Kanser Pangkal Rahim? Wanita MESTI BACA Artikel Ini Sebelum Nasi Jadi Bubur

Sakit pada pelvis, terjadi pula lelehan tidak normal dari bahagian sulit, inilah tanda nyata seseorang wanita itu mungkin menghidapi kanser. Sudahkah anda bertemu doktor untuk menjalani ujian 'pap smear'?



intrend web _359120540
Sumber foto: Shutterstock.com 



SEBELUM anda terus membaca artikel ini, anda harus menjawab soalan ini: Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian pap smear? Apakah anda sudah bertahun-tahun tidak menjalaninya, atau apakah anda tidak pernah ambil pusing tentang ujian pap smear — tidak tahu pun apakah tujuannya dan keperluannya? 

Jika anda tidak pernah melakukan ujian pap smear, nasihat kami, lakukanlah segera, kerana anda mungkin dapat mencegah satu lagi musuh wanita yang paling besar — kanser pangkal rahim.

Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang sering melanda wanita terutamanya di negara-negara maju dan membangun. Banyak bertanggapan kanser tidak boleh diubati atau dicegah. Itu adalah mitos semata. Kanser pangkal rahim bukan sahaja boleh dicegah, malah mampu menyelamatkan nyawa penghidapnya jika dikesan pada peringkat awal.


intrend 4copy
Sumber foto: Getty Images 



Bagaimana ‘Pap Smear’ dilakukan?

Serviks uteri merupakan sebahagian daripada rahim yang membuka ke arah faraj. Di sini, pangkal rahim dialas dua jenis sel. Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim, manakala jenis kedua pula melapisi bahagian dalam serviks. Antara kedua-dua jenis sel ini terbentuk ‘satu simpang’ yang dikenali sebagai zon transformasi, atau zon peralihan. 

Untuk pengetahuan anda, di zon inilah sample untuk ujian pap smear diambil, kerana di sinilah lazimnya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser sehingga terjadinya kanser pangkal rahim.



intrend copy_3
Sumber foto: Getty Images 



Siapa Mungkin Mangsa Kanser Pangkal Rahim? 


Awas! Jika anda mengatakan diri anda sihat, bebas daripada sebarang kemungkinan menghidapi kanser pangkal rahim, anda mungkin silap. Selepas kanser payu dara, kanser pangkal rahim adalah pembunuh utama wanita di negara ini. Siapakah yang terdedah kepada risiko menghidapi kanser pangkal rahim?

FAKTOR 1: Merokok 

Apa kaitan antara merokok dengan kanser pangkal rahim? Tahukah anda, rokok mengandungi beberapa jenis bahan kimia yang bersifat karsinogen. Jika anda wanita yang suka merokok, maka beringatlah. Anda sebenarnya berhadapan risiko empat kali lebih tinggi menghidapi kanser pangkal rahim berbanding wanita tidak merokok!

FAKTOR 2: Memiliki Banyak Pasangan Seks 

Kecenderungan memiliki banyak pasangan seks juga boleh menjerumuskan anda kepada risiko dijangkiti kanser pangkal rahim. Ini juga satu peringatan, bahawa kanser pangkal rahim boleh dikategorikan sebagai sejenis penyakit kelamin. 

Berhati-hatilah juga dengan pasangan anda! Jika anda menjalin hubungan seks dengan pasangan yang suka mengamalkan seks bebas dengan pasangan yang banyak, anda juga harus sedia menerima hakikat bahawa anda boleh dijangkiti virus yang boleh membawa kepada musibah ini.


FAKTOR 3: Aktif Berhubungan Seks pada Usia Muda 

Usia merupakan faktor kanser pangkal rahim. Sekiranya kamu aktif melakukan hubungan seks pada usia muda, kebarangkalian untuk mendapat kanser pangkal rahim adalah tinggi. Jadi awas orang muda! Usah berhubungan sebarangan.

FAKTOR 4: Jangkitan Ketuat Alat Kelamin (‘Genital Wart’) 

Berhati-hatilah dengan ketuat yang mungkin muncul tanpa diduga pada bahagian sulit anda atau pasangan. Jangkitan penyakit kelamin ini boleh meningkatkan risiko kanser pangkal rahim.

FAKTOR 5: Tidak Menggunakan Alat Perlindungan 

Tidak memakai alat perlindungan (kondom) semasa melakukan hubungan seks dikatakan boleh membuka kemungkinan penyakit kelamin mudah dipindahkan kepada wanita, terutamanya jangkitan virus papiloma manusia.

FAKTOR 6: Pernah dijangkiti Virus Papiloma Manusia 

Virus jenis ini ditemui dalam hampir 90% kes kanser pangkal rahim. Jadi wanita, berhati-hatilah kala meladeni hubungan asmara dengan pasangan. Sentiasalah beringat dan berwaspada.



web 139229924
Sumber foto: Shutterstock.com 



Mengapa Anda Mesti Ambil Tahu Gejala Kanser Pangkal Rahim? Ini Sebab-sebabnya 

Jika kecenderungan merokok boleh ditahan, sikap mengamalkan seks bebas dengan banyak pasangan juga boleh dikawal; apakah itu bermakna kebarangkalian mendapat kanser pangkal rahim berkurangan?

Jawapannya ya, namun sejarah lama tetap sudah tersirat dalam lipatan perjalanan hidup anda. Apa yang harus anda lakukan jika semua faktor yang disebutkan sebelum ini pernah anda lalui? Antara gejala yang boleh anda kesan termasuklah:
(1) Sukar buang air kecil dan air besar l Berat badan menurun, hilang selera makan
(2) Lelehan faraj yang tidak normal
(3) Kedatangan haid yang terlalu banyak berbanding keadaan lazim
(4) Pendarahan dari faraj yang tidak normal (lazimnya semasa melakukan hubungan seks atau antara waktu haid seseorang wanita)
(5) Sakit pelvis (namun ini simptom paling lewat dapat dikesan).

Jangan lupa, pada 2003, Daftar Barah Negara telah melaporkan bahawa kanser pangkal rahim di Malaysia secara purata adalah 16.5 wanita bagi setiap 100,000 penduduk di Semenanjung. Tidak semudah itu anda mengatakan anda selamat dan tidak mungkin tersenarai dalam bancian ini.

Jika takdir memilih anda sebagai penderita kanser pangkal rahim, bagaimana? Apa yang akan anda lakukan? 

Saturday 18 November 2017

Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif

Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif

Nampaknya hampir apa saja yang kita buat atau makan kini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging atau sate hangus, lemak, sakarin (pemanis tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.



Kita juga mempercayai bahawa genetik atau baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.
Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar penyakit kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.


Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam buku Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan daripada banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif sahaja yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).
Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.
Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres oksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.
Kini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser. Adakah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu diperangi daripada peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca daripadanya? Anda tahu kita mempunyai harapan, memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita harapan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.

Monday 6 November 2017

2 Fakta Mengejutkan Mengenai Kanser

2 Fakta Mengejutkan Mengenai Kanser

[Fakta #1] 1million sel!

—–
Mesin pengimbasan/ pengimejan paling canggih pun hanya boleh detect tumor kanser bersaiz 1mm.
.
Lebih kecil dari tu, masih belum boleh dikesan. 
.
1mm!
Kecik sangat kan? 
.
Tapi 1mm tumor kanser tu dah membentuk 1million sel kanser. 
.
1cm tumor kanser membentuk 1BILLION sel kanser. 
.
1mm tumor = 1MILLION sel kanser
1cm tumor = 1BILLION sel kanser
.
Imun badan yg kuat boleh bantutkan sel kanser. 
.
.
++++++++++++++++
.
.

[Fakta #2] 

Org kata penyakit kanser adalah penyakit paling cepat perkembangannya lepas di diagnos. 
.
Sebenarnya perkembangan awalnya sangat perlahan. 
.
Perkembangan 1 sel kanser hingga jadi 1cm kanser ambil masa 6 – 8 tahun.
.
1cm je! 
.
Bagaimana nak elak ia berkembang? 
.
Kuatkan sistem imun kita masa kita masih sihat dan muda. 
.
Makan makanan tinggi sifat anti-kanser termasuk antioksida, phytochemichal dan phytoestrogens. 
.

Sunday 5 November 2017

5 Cara Kesan Kanser Payudara Melalui Pemeriksaan Sendiri


5 Cara Kesan Kanser Payudara Melalui Pemeriksaan Sendiri

Kanser payudara menjadi kanser pembunuh wanita nombor satu kini. Ia bukan sesuatu yang ramai tak tahu, tapi ramai antara kita tak pernah terfikir akan terkena kanser ini.
Oleh itu, ramai antara kita yang tidak mengambil pencegahan awal dengan mengenalpasti kanser ini pada peringkat awal.

Risiko pulih adalah tinggi jika kanser payudara dapat dikesan awal. Malangnya, kebanyakannya dikesan selepas ia menjadi parah dan sukar untuk sembuh.
Berikut adalah cara mengesan kanser payudara sendiri tanpa perlu pergi ke doktor.

Langkah 1:

Mulakan dengan melihat payudara anda dalam cermin dengan bahu anda lurus dan tangan anda pada pinggul anda.
Apa yang perlu ada periksa:
  • Adakah buah dada anda pada saiz, bentuk, dan warna yang normal?
  • Adakah buah dada anda berbentuk elok sama rata tanpa bengkak dan berubah bentuk?
Jika anda mengesan apa-apa perubahan berikut, anda perlu segera buat pemeriksaan doktor terutama jika terdapat perkara berikut kerana mungkin tanda kanser payudara:
  • Dimpling, puckering, atau membonjol kulit
  • Puting yang berubah kedudukan atau puting yang seolah disedut ke dalam
  • Kemerahan, kesakitan, ruam, atau bengkak

Langkah 2: 

Angkat kedua belah tangan, dan lihat perubahan yang sama.

Langkah 3: 

Boleh juga cek payudara kita jika ada cecair yang keluar dari satu atau kedua-dua puting (ia boleh jadi cecair biasa, berwarna putih susu, cecair kuning atau darah).

Langkah 4: 

Langkah seterusnya adalah dengan berbaring.
Guna tangan kanan untuk memeriksa payudara kiri dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.
Sentuh payudara dengan beberapa jari dengan lembut, pastikan jari-jari disusun secara rapat dan rata. Sentuh secara membulat sebesar satu perempat saiz payudara.
Buat sentuhan membulat dari atas ke bawah, kiri ke kanan. (dari tulang leher ke arah perut, dari ketiak ke tengah)
Pastikan anda periksa keseluruhan payudara. 
Anda boleh bermula pada puting, bergerak dalam bulatan yang lebih besar dan lebih besar sehingga anda sampai ke bahagian luar payudara. 
Anda juga boleh menggerakkan jari anda ke atas dan ke bawah secara menegak, dalam baris, seolah-olah anda memotong rumput. Ia adalah cara terbaik untuk kebanyakan wanita.
Pastikan rasa semua tisu dari bahagian hadapan ke belakang payudara anda: untuk kulit dan tisu hanya di bawah, gunakan tekanan ringan; menggunakan tekanan sederhana untuk tisu di pertengahan dada anda; menggunakan tekanan kuat untuk tisu yang mendalam di belakang.
Apabila anda telah menyentuh tisu yang paling dalam, anda akan dapat rasa bentuk tulang rusuk.

Langkah 5: 

Akhir sekali, periksa payudara anda semasa berdiri atau duduk. 
Cara yang paling mudah untuk memeriksa payudara adalah ketika kulit basah dan licin.
Cubalah buat langkah ini ketika mandi.
Periksa payudara dengan menggunakan cara sama pada langkah 4.
Jika terdapat apa-apa benjolan atau ketulan walaupun tidak sakit, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera

Saturday 4 November 2017

15 Tanda Tanda Kanser Kepada Wanita Yang Sepatutnya Tidak Diabaikan





15 Tanda Tanda Kanser Kepada Wanita Yang Sepatutnya Tidak Diabaikan


Fizikal badan wanita sentiasa berubah-ubah. Perubahan pada kulit, kadang-kadang rasa sakit, kadang-kadang hilang. Ada ketika sakit kepala, esoknya boleh baik.
Tetapi, sesuatu yang ramai wanita tak tahu ialah kadang-kadang perubahan yang kelihatan normal boleh menjadi tanda-tanda kanser terutama jika ia berlanjutan.
Tak mustahil kan?
Yang penting, kita mesti memberi perhatian kepada badan kita supaya boleh kesan tanda yang mencurigakan.



Robyn Andersen, PhD, dari Cancer Research Center Fred Hutchinson di Seattle mengingatkan wanita bahawa setiap perubahan baru yang berlaku dalam badan kita ada sebabnya. Jadi, kita perlu berwaspada.
Berikut adalah tanda-tanda perubahan pada wanita yang penting untuk kita semak jika ia adalah tanda kanser.

1. Perubahan pada Payudara

Kebanyakan ketulan payudara bukanlah kanser, tetapi ia wajar diambil perhatian sekiranya berlaku tanda-tanda berikut:
  • Kulit menggerutu dan berkedut
  • Puting yang tenggelam ke dalam
  • Keluar cecair / darah dari puting
  • Kulit payudara menjadi kemerahan.
Untuk mengetahui punca, anda harus jalani pemeriksaan doktor dan melakukan ujian seperti mammogram atau biopsi(sedikit tisu diambil untuk ujian)

2. Kembung Perut

Menurut Marleen Meyers, MD, pakar onkologi di Pusat Perubatan NYU Langone, wanita dan kembung perut adalah sesutu yang biasa. Jika ia tidak hilang dalam seminggu hingga dua minggu, anda perlu buat pemeriksaan.
Jika kembung perut masih berterusan bersekali dengan penurunan berat badan serta pendarahan, penting untuk wanita membuat pemeriksaan doktor.
Ia mungkin tanda kanser ovari.
Pemeriksaan yang biasa dilakukan adalah pemeriksaan pelvik dan ujian darah dan mungkin ultrasound.

3. Period yang lama dari tempoh biasa.

Anda perlu buat pemeriksaan jika ia sangat ketara dan berlanjutan. Sebenarnya period yang lebih lama dari biasa ada banyak punca. Ia juga boleh jadi tanda kanser endometrium (kanser pada selaput rahim).
Pendarahan selepas menopaus juga adalah tidak normal dan perlu diperiksa dengan segera.

4: Perubahan Kulit

Perubahan dalam saiz, bentuk, atau warna tahi lalat atau tompok lain pada kulit adalah tanda biasa kanser kulit. 
Jumpa doktor dengan segera untuk membuat pemeriksaan

5. Darah dalam Air Kencing atau Najis

Sila buat pemeriksaan doktor jika anda mengesan mana-mana anggota badan berdarah lain dari biasa, terutama jika berlanjutan lebih dari sehari atau dua hari.
Najis berdarah sering dikaitkan dengan buasir, tetapi ia juga boleh menjadi tanda-tanda kanser usus besar. 
Menurut Herbert Lepor, MD, seorang pakar neurologi di NYU Langone, kencing berdarahbiasanya adalah tanda awal kanser pundi kencing atau buah pinggang.

6. Perubahan dalam Nod limfa

Nodus limfa adalah kelenjar berbentuk kacang yang kecil seluruh badan. Kebanyakan perubahan dalam nod ini berpunca dari jangkitan biasa.
Tetapi untuk beberapa jenis kanser, termasuk leukemia dan limfoma, ia boleh menjadi punca kelenjar limfa membengkak.
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika ada mengesan ketulan atau bengkak di mana-mana di dalam badan anda tidak surut sehingga sebulan atau lebih.

7. Susah untuk menelan

Susah untuk menelan adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan jika berlaku sekali sekala.
Jika ia berlaku dengan kerap, terutama bila ada muntah-muntah atau berat badan menyusut, anda perlu membuat pemeriksaan.
Ia juga salah satu tanda kanser tekak atau kanser perut.
Doktor mungkin melihat simptom lain dengan membuat peperiksaan tekak dan barium X-ray. Semasa ujian barium, anda perlu minum cecair khas yang menjadikan tekak anda dapat dilihat pada ujian X-ray.

8. Hilang Berat Badan Tanpa Sebab

Kebanyakan wanita memang teringin jadi kurus dengan magic. Tak perlu bersenam, tak perlu kawal makan tapi berat boleh turun.
Haha. Macam mustahil kan?
Tetapi jika berat boleh hilang sehingga 4kg atau lebih tanpa perubahan dalam diet atau senaman, ia sesuatu yang perlu dibimbangkan. 
Kebanyakan punca berat badan turun mendadak tanpa sebab bukan sebab kanser.
Kebanyakannya adalah sebab stress dan tiroid, tetapi tidak mustahil ia adalah tanda kanser pankreas.
Ia mungkin juga tanda kanser perut dan paru-paru.
Banyak ujian untuk mencari punca boleh dibuat oleh doktor, termasuk ujian darah dan ujian pengimejan, seperti imbasan CT.

9. Pedih Ulu Hati

Terlalu banyak makan, alkohol, atau tekanan (atau ketiga-tiga sekaligus) boleh menyebabkan pedih ulu hati yang serius. Cuba tukar rutin anda untuk seminggu atau dua untuk periksa adakah ia masih berterusan.
Pedih Ulu Hati yang berterusan atau menjadi lebih teruk mungkin tanda-tanda kanser perut, tekak, atau ovari.

10. Perubahan pada mulut

Jika anda merokok, hati-hati jika ada tompok putih atau merah pekat di dalam mulut anda atau pada bibir anda.
Kedua-duanya boleh jadi tanda kanser mulut.

11. Demam

Demam yang tidak kebah dan tidak dapat dikesan punca mungkin adalah tanda leukemia atau kanser darah.
Doktor anda perlu mendapatkan butir-butir sejarah perubatan anda dan buat pemeriksaan untuk mengenalpasti tanda tersebut.

12. Keletihan

Ramai wanita alami keletihan kerana sangat sibuk dengan pelbagai tugas harian. Keletihan yang melampau yang berterusan adalah tidak normal.
Dapatkan pemeriksaan doktor jika keletihan menjadi sangat teruk dan jika ada masalah kesihatan lain seperti ada darah dalam najis.

13. Batuk

Kebanyakan batuk akan hilang dengan sendiri dalam 3 hingga 4 minggu.
Jangan ambil mudah jika batuk anda berlanjutan lebih lama daripada itu, terutamanya jika anda merokok atau sesak nafas.
Jika anda ada alami batuk berdarah, buat pemeriksaan doktor dengan segera. Batuk adalah tanda yang paling biasa bagi kanser paru-paru.

14. Sakit pada bahagian badan

Kancer bukan punca kebanyakan sakit pada badan. Sakit yang berterusan pada badan mungkin tanda kanser tulang, otak, atau kanser lain. 
Buat pemeriksaan doktor tentang apa-apa sakit yang tidak tahu punca yang berlanjutan sehingga sebulan atau lebih.


15. Sakit Perut dan Kemurungan

Ia jarang berlaku, tetapi sakit perut beserta kemurungan boleh menjadi tanda kanser pankreas. 
Jika anda ada keturunan yang pernah terkena kanser pankreas, ia sesuatu yang perlu dibimbangkan.