8 Tanda Kanser Usus Yang Ramai Tidak Sedar
Sudah tentunya anda biasa dengar tentang kanser payudara dan kanser paru-paru. Kanser utama yang ramai orang kena di negara kita dan menyebabkan kematian.
Namun, kanser usus juga tidak kurang bahayanya.
Namun, kanser usus juga tidak kurang bahayanya.
Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia disebabkan oleh kanser usus di seluruh dunia pada 2008.
Ya. 610,000 orang. Sangat mengejutkan.
Rupa-rupanya di Malaysia juga, bilangannya juga agak menakutkan. Pada tahun yang sama, sebanyak 3,500 kes baru setahun dilaporkan oleh Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia.
Ia menjadikan kanser usus sebagai kanser kedua paling lazim penyebab kematian.
Terkejut kan?
Ini ada satu lagi fakta yang mengejutkan.
Kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks di kalangan wanita.
Dikalangan lelaki, ia adalah kanser paling kerap berlaku.
Mungkin tak ramai yang perasan tanda ini, berikut adalah 8 tanda kanser usus yang perlu diambil perhatian.
Tanda 1: Berak berdarah
Darah bercampur dengan najis, kadangkala najis bewarna hitam seperti kopi. Ini merupakan antara tanda-tanda awal barah usus.
Tanda 2: Perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit.
Tabiat membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan.
Jika kekerapan membuang air besar menjadi terlalu lama, contohnya daripada tabiat hari- hari ke tandas menjadi berkurangan kepada setiap tiga atau empat hari sekali.
Tanda 3: Cirit-birit
Ini merupakan tanda-tanda barah usus di sebelah kiri.
Tanda 4: Sembelit diselangi dengan cirit
Barah usus yang hampir tersumbat akan menyebabkan najis keras tidak dapat melalui usus besar. Pesakit akan mengalami gejala sembelit pada ketika itu.
Najis yang tersumbat ini mempunyai banyak bakteria dan akan ‘membusuk’ di dalam usus, menyebabkan air kembali diserap ke dalam usus. Ini menyebabkan najis menjadi lembik dan berair.
Pada ketika ini, pesakit akan mengalami gejala cirit. Cirit yang dialami adalah lebih daripada lima kali sehinggakan sesetengah pesakit mengadu tidak dapat mengawal simptom cirit ini.
Kitaran sembelit dan cirit akan berulang.
Tanda 5: Tidak berak dan kentut serta muntah.
Gejala ini akan berlaku apabila usus sudah tersumbat seratus peratus.
Tanda 6: Hilang selera makan dan turun berat badan.
Pesakit akan menjadi kurus serta hilang selera makan dalam jangka waktu yang singkat.
Tanda 7: Sakit ‘perut’
Gejala yang sangat diambil mudah. Sakit pada bahagian abdomen bergantung kepada kedudukan barah usus.
Tanda 8: Selalu ke tandas, tetapi tiada najis
Pesakit merasakan seperti mahu membuang air besar, tetapi apabila ke tandas, tiada najis yang keluar.
Ini adalah disebabkan oleh kanser yang terletak pada bahagian rektum.
Apabila ketumbuhan sudah memenuhi rektum, ianya memberikan mesej yang salah kepada badan seolah-olah rektum sudah dipenuhi najis. Sedangkan tiada najis di dalam rektum, yang memenuhinya adalah sel-sel kanser sahaja.
sumber: http://www.mmgazette.com
Jika anda mendapati ada tanda tanda kanser usus, jangan buang masa segera la dapatkan rawatan di sini, hubungi kami melalui ruangan "contact us" sekarang juga. Jangan tunggu hingga anda terlewat dan penyakit menjadi chronic dan sukar hendak disembuhkan
ReplyDelete